TUNTUTAN KEMALANGAN KENDERAAN
Assalamulaikum dan Salam Sejahtera.
Kita sering melihat kemalangan berlaku atau kita sendiri mengalaminya, namun kita tidak tahu prosedur cara membuat tuntutan dari pihak insuran. Tuntutan atau claim insuran perlu mengikuti langkah-langkah di bawah:
1. Report Polis
Bila berlaku kemalangan, kita perlu terus buat report polis di balai polis trafik kawasan tersebut. Jadi kita perlu telefon dahulu mana-mana balai polis untuk mengetahui mana balai polis trafik kawasan tempat kemalangan tersebut.
Report polis mestilah dilakukan dalam masa 24 jam semasa kemalangan berlaku. Selepas report polis dibuat, polis trafik akan ambil gambar. Keesokan hari gambar boleh diambil di balai polis trafik tersebut. Report polis yang original dan gambar perlu ada untuk urusan claim.
2. Tuntutan/Claim insurans
Dokumen-dokumen yang diperlukan semasa tuntutan/claim insuran:
- IC pemilik kereta
- Geran kereta yang dikemaskini, roadtax mesti hidup
- Polisi insuran atau covernote
- IC pemandu yang kemalangan
- Lesen pemandu yang kemalangan
- Report berserta gambar yang original daripada polis
Jika nama pemandu tiada dalam polisi insuran, bayaran RM400 perlu dibuat untuk menuntut insuran.
Tuntut insuran di dealer yang diberi kebenaran atau yang dilantik insuran kereta tersebut. Jika nak tuntut, claim habis-habisan sebab lepas claim NCD akan jadi kosong. Insuran kena bayar full tahun depan lepas kita claim.
3. Baiki/Repair
Kenalpasti kemalangan yang dialami. accident serius ke tak. Kalau setakat bumper rosak, sehari dua siap. Walaupun begitu, kena tunggu supaya adjuster daripada pihak insuran akan datang dan buat inspection. Setelah adjuster datang, syarikat insuran akan luluskan atau tidak repair cost dituntut. Insuran luluskan barulah boleh kerja pembaikan dijalankan.
Itulah sedikit informasi mengenai cara-cara menuntut insuran setelah kemalangan, semoga ia menjadi panduan kepada semua.
Klik link di bawah untuk renew roadtax dengan pantas:
Comments
Post a Comment