CARA-CARA TUNTUT KEROSAKAN DENGAN PLUS
TAHUKAH anda bahawa pengguna lebuh raya boleh membuat tuntutan ganti rugi daripada PLUS Malaysia Bhd, jika cermin kereta anda pecah terkena batu ketika menggunakan lebuh raya yang dikendalikannya? gambar sumber : malaysia today Sebenarnya jika berlaku kerosakan pada kenderaan di lebuh raya PLUS ekoran objek asing atau disebabkan keadaan lebuh raya berkenaan, contohnya batu, tayar celup, kayu, binatang liar dan sebagainya, maka pengguna boleh membuat tuntutan ganti rugi kerosakan daripada pengendali lebuh raya berkenaan. Berdasarkan pengalaman, pada akhir tahun lalu kereta Proton Inspira penulis mengalami kerosakan yang teruk pada bumper hadapan setelah terlanggar tayar celup ketika menggunakan Lebuhraya Baru Lembah Klang (NKVE) selepas susur keluar Setia Alam menuju ke Klang. gambar sumber : utusan malaysia Sejurus selepas kejadian, penulis menelefon pihak PLUS bagi membuat aduan dan mereka meminta penulis berhenti di plaza tol paling hampir iaitu Tol Bukit Raja unt...